Wednesday 26 October 2011

Manchester Derby Terbaik!!!!

Banyak Benda nak cerita nih, City telah menewaskan musuh setempatnya haha Manchester United dengan bukan 1 bukan 2 atau 3,4 atau 5, tapi dengan 6 gol! berbalas 1!! Baru depa tau langit tinggi ka rendah. geng MANU seperti Amir Zarith, Irfan, Izzul, Syamim, Iqbal senyap minggu ni x terkata apa2. dlu kutuk sgt hahaa jahatnya..

Penuh tragik btul MU malam 2...dengan balotelli membuka ayat paling x riak musim ini ''why always me??''. Sebab apa sebab dia sudah menjaringkan gol dalam 4 perlawanan berturut-turut.

Balotelli setelah menjaringkan gol pertama untuk Man City
Malam tragik MU berterusan dengan Pertahanan mereka, Johnny Evans dilayangkan kad merah keran menarik penjaring pertama perlawanan, Balotelli. Pandai dia buat teruk. Pastu Balotelli lagi menjaringkan gol sekali lagi dan seterusnya aguero, dzeko dua kali, silva mengambil giliran masing2 untuk menjaringkan gol. City dengan kesian bagilah satu gol saguhati. ni lah kekalahan pertama MU di Old Trafford selepas 19 perlawanan. nk cerita pasal sejarah. ini lah list nya

  • kemenangan derby pertama di Old Trafford untuk Man City sejak 1974
  • kekalahan terbesar Man United dalam Manchester Derby di Old Traffors sejak 1956
  • kali pertama United dibolosi 6 kali dalam derby di gelanggang sendiri sejak 1926
dan bnyak lagi saya lupa...
ini highlight nya saya rasa x lama sebab masalah copyright


Jo Hart

Jo Hart

Jo Hart keeper utama untuk England dan juga Man City. Saja nk tunjuk beberapa skil beliau yang penjaga gol lain tak ada,.

1. pecutan Usain Bolt

2. Bicycle Kick

3. Menyelematkan Penalti dan Menjaring Penalti


Monday 24 October 2011

City vs Aston Villa

Bertembung dengan aston villa mmg byk perkara nostalgik akan dirasai oleh kedua dua pasukan.
Kenapa? sebab Kebanyakan pemain City berhijrah ke Villa dan kebanyakan pemain Villa telah berhijrah ke City. Paham dak?
 Tapi Villa bukan tandingan City laa..kami menang 4-1 dengan mudah tanpa tonggak sergio aguero, nasri, dzeko ataupun silva. entahlah apa jadi kalau depa semua 2 masuk 10-1 agaknya hahahaaa...






Cer Citer Man City

Ok,,,saya tau yang man city tak terkenal dekat malaysia nih sbb baru membangun..orang malaysia minat Man United, Chelsea, Liverpool dengan Arsenal sajaa..tapi saya hanya nk mencari kelainan dari orang lain. Semenjak Astro di pasang kat rumah, dari situlah saya minat Man City, masa 2 city x kaya lagi pemilik dia apa ntah bekas perdana menter Thailand Thaksin Shinawat..Ni nk Berleter pasal Man City..

Sejak Tragedi baju merah, Thaksin mengdapai masalah lalu City telah bertukar milik kepada Jutawan Qatar a.k.a pemilik syarikat penerbangan Etihad Airways. Jadi bermula laa revolusi Manchester City pada hujung tahun 2008.
Pemilik baru Man City
City telah membeli Robinho, Elano, Given, Tevez, Adebayor, Gareth Barry, John Milner, Kompany Zabaleta, Kolarov, Santa Cruz, Aguero, Nasri, Silva, Boateng, De Jong dan banyak lagi dalam masa 3 tahun city dan membelanjakan setakat 300 juta pound ja x la banyak sangat, hasilnya Man City dapat tamatkan kemarau piala sejak 1976 setelah memenangi piala FA empat bulan lalu.


Psal sejarah City hmm saya mengaku  x banyak. City baru masuk Premier League pada tahun 2000-2001. pada tahun yg sama City tukar homeground dari Maine Road ke Stadium of Manchester yg kini di ubah nama kepada Etihad Stadium.
               Maine Road                              Stadium of Manchester/Etihad Stadium


kenal x mamat nih

Ni lah Boss Man City, Roberto Mancini. Beliau menjadi Manager Kelab ni sejak november 2009 setelah Mark Hughes dipecat. Beliau Manager yg bagus, taktikal beliau pun bagus tp beliau memey cuak kalau dh ketinggalan. Secara kesuluruhannya, Beliau jurulatih terbaik yg City pernah ada.










Sunday 9 October 2011

Pengenalan The Citizen

OK....Blog ni kalau cikgu x suruh mmg x wujud, aku xtau nk wat apa aku ambik langkah selamat aku tulis jaa blog..nanti aku pikiaq tajuk apa...
laaasst skali buh p laa sembang pasai Manchester City, team bola plg aku minat sepanjang hidup aku


ni lahh whole team Man City...bakal juara EPL musim nih...Man United tu tu kan bleh gulung tikaq la...

Thursday 6 October 2011

Test 1st post

                                           Menang dengan  Blackburn 4 - 0 sapa x riakkan..
                                           Arsenal ponn kalah 4 - 3